Saturday, June 27, 2009

Sekolahku..dlm pembangunan..

Saja nak berkongsi cerita... dah 2 minggu (semester ke 2 2009) kami warga sekolah menempuh keadaaan ini... bak kata orang bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.. harap masa senang nanti akan sama2 merasai nikmatnyer...tapak kelas,pusat sumber n mcm2 bilik yg dah tak nmpk bayang... mata tangga yg perlu di lalui untuk menjalankan tugasss.. kelas sementara dan kantin di tempatkan di padang .. level 4... paling atas ..menuju puncakkk..

inilah bilik2 darjah sementara.. aktiviti P&P berlangsung di dalam kabin.. Syukur ..mmg selesa jika tiada gangguan bekalan api...
dah sampai kelas aku rupanyer...

perhimpunan rasmi n harian dahulunya diadakan di dataran bentara kini berubah tempat di pandang...
.......bersambung

Friday, June 26, 2009

Award dpd Mimi n Masz...


Terima Kasihhhhhhhhhhh... Mimi ,Masz n Ika... kecil tapak tangan.. skrin laptop ku tadahkan...

Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

award pemberian.. Mimi - Aku dan kehidupan , Masz -Aku , dot.dot ampun masz pjg bebenor nak tulis..n Ika - arah untuk katogeri yang suke dapat hadiah...

Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.
Insan yg terpilih adalah..
1. Farah- Mommy Otai
2. Zainah Senin
3. Nana
4. Kak Long-Diariku
5. Doc Inahar Ali
6. Cikin
7. Nur-Cetusan Rasa
8. Yusleen
9. Azie
10. Catlina
11. AnaWahid
12. Ultra-mama
13.Ummie Eriey
14.Maria
15.sesiapa saja yg singgah sini...

Thursday, June 25, 2009

Green Carpet Cake (Stim)

Projek petang Ahad lepas.. perhatian tuan2 dan puan2.. kek ni dah 'sold out' sebelum dijual..hehehe... walaupun kek ni tak de rupa green carpet .. anda boleh lihat green carpet di SINI ...sesiapa yg belum @ nak mncuba ..dijemput mncuba..bukan tgok jer.. kek dari Teratak Mini Dayang.. kek yang enak,sedapp, lazatt, yummy, mabeles.. n dll yg sewaktu dengannyer... terima kasih dayang kerana sudi berkongsi resepi n minta maaf n minta halal untuk resepi CP di bwh.. tq againnnn...

Bahan-bahan : Loyang 6 inci (kek ni saiz kecil je)
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur A
225 gm mentega
3/4 cawan gula halus
4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
3 sudu besar horlicks
1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
1/4 cawan susu pekat manis


Cara-cara :
1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula hancur betul2). Gunakan kelajuan maksimum.
4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, nanti ia jadi warna kuning selepas dikukus).
8. Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri).
9. Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong
.

Singgang Ikan Selar

Makan petang aka makan malam... masak terpaksa.. dah msuk minggu ke 2 layan lauk kedai.. cam dah tak boleh lalu kat tekak.. so dengan ke'buzy'an n kemalasan memanaskan enjin2 yg ada didapur.. ikan goreng, bendi goreng berlada n nasi panazzzz... jom makann.. sedap ni siap hirup2 kuah lagi.. sesuai dengan selera n keadaan cuaca yg panazzz ...

Sunday, June 21, 2009

Moist Chocolate Cake

Laporan sahaja....terpandang di dpur kak ummi.. n cerita lanjut ada di dapur kak ummi..
resepi CP dr dapur kak ummi n rsepi asal oleh k.izan@MYR.. TQ k.izan n k ummi

Bahan:- (loyang 21 x 21 x 3 cm)
2 cawan tepung gandum } diayak
2 sk baking powder } bersama
2 cawan gula halus
4 biji telor gred A
250 gm butter
2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)


Cara Membuat:-
Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
Masukkan esen vanila dan gaul rata.
Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi akak bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)

Wednesday, June 17, 2009

Nasi Goreng Tom Yam

dah stat sekolah..mmg buzy.. msk2 pun agak terbatas n byk yg trbantut.. mencuba rspi dik ina@hana nih utk makan mlm.. anak2 kata sedap.. n nex time boleh buat lagi.. tq hana..akak letak 1 kiub tomyam jer..still sedapp..

Sunday, June 14, 2009

Back to school.......

dah stat...beg ibu, laptop kerajaan n bermcm2 beg anak.. berkawat di tepi pintu...
port mengendap ... guna laptop sdri yer.. laptop kerajaan buat keje2 skool...

marking..marking...marking... sambil2 tuh mengulangkaji buku rspi..
Last entry untuk hari ni..mulai esok yg pastinya aktiviti memasak n mengendap akan berkurangan.. geng2 kaki masak yg lain bolehlah teruskan aktiviti msing2 yer..giliran sy drooling pulak lepas nih...

Poppppp cornnnnn.....

hahahaha... ambik ngko... sekawah .. tak sangka sebanyak ini... ketawa anak branak.. sepetang melantak pop corn ler jawabnyer..
belum digulakan

dah digulakan..
makan.. pas nih mmg tak beli pop corn kat kedai lagi... ye ke...
Resepi pop corn utk kwn2 yg nak mencuba.. CP dr MIMI rspi dr aludra.. tq ke dua2 nyer bkongsi rspi..
Bahan-bahan
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya
garam secukup rasa
Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
Tambah Coklat [Optional]60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)
Cara-cara:
Panaskan mentega dan minyak dalam periuk.
Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Untuk Karamel [Optional]Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
Untuk Coklat [Optional]Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

Saturday, June 13, 2009

Ikan Bakar Portugis

Sedap ikan bakar nih.. rspi dr dapur noreen 'my home cooking blog' , rsp CP dr blog noreen.. TQ noreen..

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung.. ( sy guna 4 keping ikan tenggiri)
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil
Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis
cara:
1. lumur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
2. panaskan minyak ,tumis bahan2 kisar sehingga wangi
3. masukkan sos cili thai dan kacau rata ,bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
angkat
4. letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
sudukan sedikit kuah ,letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
5.taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
6. bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
7. boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper
source: puan norzailina nordin

Kangkung Goreng Belacan

Sayur untuk lunch tadi.. semua org tau msk kangkung kan.. hehehe...

Puding Sagu

Selalu buat puding nih.. mudah n sedappp..

11Jun : Kunjungan Kaksma n Anawahid...

Kaksma n anak2.... candid..cik abe carilah tuh..
post manja2..
dah snap.. QC check pulak.. cun ke tak cun..
pertemuan yg dijanjikan..sempena kaksma balik kg.. mmg best dapat berborak secara live dgn kaksma nih.. mcm dah kenal lama .. anawahid tak yah ceta lah.. sahabat mesra alam..ceria sepanjang masa.. tak sabo2 nak tunggu wahid abis kursus tuh.. lepas nih dapur dia akan kembali berasappp n berapii2...hehehe
hari ni kaksma blik ke Rembau..semga kaksma sekeluarga selamat sampai ke rmh..
Saya seisi keluarga mohon ampun dan maaf klau ada terkasar bahasa n layanan tidak memuaskan, harap2 kaksma juga anawahid tidak serik utk singgah lagi..

Friday, June 12, 2009

Biskut Oat Coklat Cip

Jom makan biskut... Kaksma n Anawahid kata sedap .. n raya nak bisnes biskut nih..hehehe.. dengki jer nih..

Resepi Mummy7857 di MYR.
TQ Mummy n MYR...resepi CP dr MYR

Bahan-bahan ( Dapat dalam 2 balang )
1 cawan butter
2 cawan tepung - tp mummy kurangkan tepung, lebihkan oat
1 sk baking soda
1 cawan gula pasir halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat -diblender halus
12 oz coklat cip
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
9 oz cadburry bar-diparut (kalau takde, gantikan dengan coklat rice/takde pun takpe)
1 cawan badam/gajus/hazel -dibakar dulu,kemudian dicincang kasar
1 susu kecil esen vanilla
Cara-cara
1. Putar butter dan gula hingga kembang
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3.Satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan butter tadi
4.Masukkan coklat cip, cadburry bar dan kacang. Gaul rata
5. Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit @ hingga masak

Popia Basah

Laporan jer nih.. resepi dari koleksi Diana.. TQ diana.. rspi penuh ada di bloq diana.. tak ikut semua pun.. ambik yg wajib2 jer...hehehe

...10 Jun: Sunway Lagoon

Turun bas.. sebelum bersepah-sepah...
ikut jugak berbayo.. tak da sponsor..
ibu basah sekerat jer...
Trip ke Sunway Lagoon bersama AJK/ALP Koperasi Sekolah.. bebudak yg seronok..yg pening kepala sapa lagi... cikgu2 lah.. mandi pun tak basahh.. memastikan keselamatan bebudak walaupun dah beso panjang..

Tuesday, June 9, 2009

Mee Hoon Goreng..

Goreng biasa2 jer... jom makann...

Kuih Dangai Gula Melaka

Dangai lagi.. buat sabtu lepas.. anto laporan jer nih.. dah abis pun.. TQ kak fida n hana... resepi n langkah2 ada d My Resepi n CP ni kak fida.. TQ again..

Bahan-bahan
150 g tepung pulut (1 1/2 cawan )
150 g kelapa parut putih (1 3/4 cawan )
1/2 sk garam
30 g air
100 g gula melaka*- dihiris halus (atau gula hitam/gula tanjung )
30 g kelapa parut putih*


Cara-cara
1. Gaul 4 bahan pertama hingga rata tapi masih bederai dan dibahagi 2.
2. Gula melaka dan kelapa parut putih* digaul rata dan ketepikan.
3. Loyang disapu sedikit minyak sekeliling,isikan dengan 1/2 bahagian adunan tepung tadi,ratakan dan tekan perlahan dan mampat dan bubuh campuran gula melaka dan ratakan.

4. Akhir sekali ratakan pula 1/2 bahagian adunan lagi dan ratakan dan tekan perlahan2.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pd suhu 150C selama 30 min atau hingga permukaan kuih kelihatan garing.
***Untuk lapisan pertama,selepas dimampatkan, akak bakar sebentar selama 5-7 min(resipi asal tk bakar),baru lapis dgn gula melaka dan lapiskan adunan tepung kedua..
Sejukkan kuih dan potong dan hidangkan...kuih ini lebih mudah dipotong ketika masih hangat sebab masih lembut.

Monday, June 8, 2009

Spicy Toufu

I'm back... hasil mngendap dapur hana.. mmg best pekene dgn nasi panas n ikan masin sepat...
jom layannn...

Friday, June 5, 2009

Pengat Pisang.. again..

Dessert semlm.. hehehe..lupa nak entry.. pengat pisang tanduk tau nih.. letak sagu sikit..
Ini kira last N3 utk minggu ni.. esok blik kg.. jumpa balik hari isnin...

Kari Ikan Tenggiri

Smlm dapat beli ikan tenggiri yang fresh.. so mmg best klau msk kari...

Set lunch ari nih.. bila ada kari mesti ada ikan sepat masin n sambal belacan.. lupa nak goreng pupodum pulak.. jom makannn...

Bendi Goreng..

Sayur utk lunchhhhh... goreng jer..

Thursday, June 4, 2009

Kuih Cara

Untuk minum petang semalam.. resepi dari dapur Rinnchan.. ubah suai sikit2...

Bahan2;
2 cwn tpg gandum
2 cwn air
1 cwn santan
1 biji telur
sedikit pandan paste.. kes malas nak blend dn pandan
sedikit pewarna ijau
sedikit garam.
sesudu butter/marjerin.. ini pandai2 sendiri
gula ikut suka
Cara-cara.
1. Blend semua bahan dlm pengisar/blender yer..kecuali gula
2. Panaskan acuan, lenserkan dgn minyak..
3. Tuang batter dlm acuan.. letakan sesudu gula.
4. Tutup acuan.. n tunggu hingga msk..



Tauhu Sumbat


Ini kes kemencer tgok kat rmh hana tuh.. buat jugakkk.. n nak entry jugakk.. HB beli 10 kpg tauhu n abiss dikerjakan syamira n aimman.. dua versi sambal kicap n petis.. anak suka yang guna petis..

Wednesday, June 3, 2009

Sayur Goreng Campur

Sayur goreng campur2.. boh santan sikit... sedappp..

Asam Pedas Ikan Merah

Masak2 hr ini.. masak sempoi n campak2.. tak da sukat menyukat.. yg penting ada asam n garam...jom makan..

Banana Muffin

Muffin pisang pulak..walaupun di luar musim muffin..sana sini tgok sibuk meroti.. nak mroti lum smpi seru lagi.. naper tah.. sian BM tuh lama tak panas enjin.. cete muffin pulak.. tak puas ati lagi nih.. merekah malu2 jer.. frust jugak.. kene try lagi.. rspi rasa mcm dr MYR tapi tak ingat sapa punya.. MYR pun tengah merajuk la nih.. nsib baik ada MYR nun di jepun sana..kat situ lah tempat la refer2 la nih.. sorry hana.. kalau gobok kau berselarak yer..

Goreng Pisang

Goreng Pisang..hehehe.. pisang tanduk.. my favorite.. goreng pisang pun nak entry ke bu..tak senonoh betul lah.. gasaklah situ..

Tuesday, June 2, 2009

Daging Goreng Halia

Lauk lunch hari ni..resepi Ros@Onigiri.. dah entry sebelum ni.. resepi juga ada di MYR.. tapi sejak akhir2 ni MYR tak buka pintu.. uwaaaaa...TQ ros.. kerana sudi berkongsi rspi yg simple n sedappp..

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
350 gram daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
1/2 buku halia saiz sederhana
1/4 bwng besar
2 biji bawang putih
2 biji cili hijau (piman) dihiris panjang boleh juga gunakan lada benggala hijau
2 sudu sos tiram
sedikit garam

Cara-cara
Mula-mula kisar halia, bwng besar dan bwg putih hingga hancur, kemudian tumis hingga naik bau, masukkan sos tiram dan dan daging, jika terlampau kering masukkan sedikit air, setelah kuah agak pekat baru masukkan cili hijau (piman), sesuaikan rasa dan angkat, diingatkan jgn biarkan cili hijau terlampau lama, agak-agak dah layu terus tutup api. sedia utk dihidangkan

Covastin..

Kesan hari2 mkn nak 'sedap' n malas bersenam...high colesterol..betul ke Doc Inahar Ali.. dah 5 bulan mkn ubat nih.. next month buat blood test lagi.. hrp2 tak da lagi number yg di boldkan..

Nasi Goreng..

Bila malas nak msk lauk bermcm.. lastly goreng nasi utk mkn mlm .. mesti laris punya... dah lama aimman order nasi goreng merah nih..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin